kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Tuesday, April 15, 2014

Air Sirap Rambutan

Assalamualaikum..bersua kembali..entah kenapa laa.dok rajin sgt nak update blog nieh..mungkin sbb wifi terpasang 24jam,mungkin juga sebab da lama xmenulis..mungkin juga disebabkan beberapa kemungkinan yang lain..

Tak nak cita panjang cuma nak kongsi menu yang ringkas ini sahaja.Bahan-bahan yang diperlukan ialah rambutan,pewarna merah(sirap),gula dan sedikit air.Cara mudah sahaja..mula-mula potong isi rambutan secara memanjang..jika besar belah dua.Letakkan dlm jug@gelas.Bancuh air gula bersama pewarna merah@sirap tadi.Bancuh agak manis sahaja mengekalkan keaslian rasa rambutan tersebut.Masukkan air gula tersebut ke dalam jug@gelas yang mengandungi rambutan tersebut.Akhir sekali masukkan ketulan ais@ais kiub.Lepas dicampur..minum ler..hihihi..

Sirap rambutan 1....

Sirap rambutan siap!!!

Srupppp...sruppp..sedapnyaa..

Sejuk di tekak..

Menanam buah tembikai part 2

Assalamulaikum..bertemu kembali kita di waktu ini..dengan sambungan entri berkebun.Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu hendaknya..Amin..

Sejak lama menyepikan diri dari dunia blogging nieh..terasa macam sunyi pulak.Eleehh..macam ada la sgt org nk baca blog ku yg xseberapa ni..hehehe.

Berbalik kepada topik asal..mengenai tembikai.Ku mula menanam tembikai pada hujung bln 11 dan awal bln 12 tahun lepas.Sekarang sudah 14 april..apakah yang berlaku kepada pokok tembikai yang pernah ku ceritakan sebelum ini.

Alhamdulillah..setelah mengharungi musim panas dan kemarau yang panjang akhirnya pokok tembikai itu membuahkan hasil.Walaupun tidak begitu besar tetap menjadi rezeki kami.Okey..tak nak bebel panjang..jom layan gambar nie..

Tembikai di luar pagar..

Menjadi tatatpan orang di taman ini

Rezeki hanya sebesar  tapak tangan

Ini lah hasilnyaa..taraaa..

Agak manis walaupun kecil sahaja..






Setelah menanti sekian lamanyaa..akhirnya dapat juga ku merasa buah tembikai ini.Walaupun berebut dengan serangga lain,pokok diserang kekabuh timun..namun jika tertulis rezeki kita di situ..insyaAllah..pasti kita akan mendaptnya jua..^_^.

Penat lelah berkebun pun terasa sangat berbaloi..Episod seterusnya akan ku ceeritakan tentang jagung pula yang ditanam di halaman rumah yang luasnya cuma sekangkang kera..hehehe..Semoga kita berjumpa lagi di hari yang lain..



Monday, April 14, 2014

Menanam buah tembikai part 1

Assalamualaikum..^__^.Rindu rasa hati ni nak menulis sepatah kata..sejak mendirikan rumah tangga..sibuk memanjang dgn pelbagai aktiviti..Muncul pula hobi baru iaitu berkebun.Pada asalnya tidak terfikir pon utk berkebun sbb tinggal pon kt rmh sewa ja.Biasa laa..klau da nama rmh sewa lalang pon tinggi.Risau kalau ada ular,binatang berbisa dan sebagainya.

Maka..langkah drastik diambil dgn menyuruh MR.Hubby meracun segala rumput dan lalang tersebut.
Lepas diracun..rumput dibakar..Lepas bakar tanam ler lagi..hihihi..

Benih tembikai merah ni dibeli kt Pendang,Kedah Darul Aman.Beli pek kecil ja..dlm tu kalau xsilap ada dlm 15 biji ank benih.Harga sepeket RM2.50,ambil 2 paket sebagai pek percubaan.Ini merupakan percubaan kali pertama utk menanam tembikai.Adakah percubaan ini berjaya??Jeng Jeng Jeng...

Alhamdulillah..menjadi..^_^.


Di tanam rapat untuk jimatkan ruang
Pokok tembikai mula merayap di atas tanah
Daun set tembikai membesar
Ruangan yang terhad

Manfaatkan ruang yg ada ya tembikai..

Macam nk keluarkan bunga jer..


Alhamdulillah..cantik sungguh bunga tembikai jantan ni..eh..yg betina mana??

Semua sama jer..tak namapak putik buah lagi..

Bunga yg terlindung disebalik daun..


Tetap cantik walaupun bunga tembikai jantan..








Friday, December 7, 2012

Di Sini Takdir Kita

Assalamualaikum...salam sejahtera...

Di sini takdir kita..kita bertemu..kita bercinta..kita mengenal hati budi..kita menyelami hati masing-masing..suka-duka kita kongsi bersama..

Walaupun kadang-kala ujian datang melanda..menguji keteguhan cinta kita..kadang-kala kita ego mempertahankan pendapat masing-masing..

Terima Kasih di atas kurniaan illahi..walaupun kau bukan yang pertama di hati ini..Tetapi kehadiranmu mengisi kekosongan hati yang telah lama terkunci..

Di sini juga ku ingin kau tahu..bahawa kata-kata cinta yang pernah kau ucap..masih ku simpan dalam nota kecil..

~Bila purnama menghilang,
~Hilanglah segala cita,
~Dalam kerinduan padamu,
~Bila 1 namamu teratas yang ternama,
~Hanya pada 1 nama yang ku cinta,
~Pada kerinduan setiap hari...

Eiiceehhhh...jiwang gak ek..Hahaha...Next..ayat jiwang ku plk kt dia..(^^,)

~Bila sesuatu dirasa,
~Lahirnya sebuah cinta,
~Dan apabila ku terasa,
~Hadirnya 1 cinta untuk kita..

~Hadirnya 1 cinta,
~Memberikan 1001 makna,
~Terbuka hatiku tanpa di duga,
~Ku harap kita kan bahagia..

Okey..da habis ayat jiwang..terima lah serangkap pantun jiwang plk..

~Bintang cerah waktu malam,
~Bulan terang setiap hari;
~Kasih sayang semakin dalam,
~Kekasihku seorang rindunya hari-hari.

P/S:segala imej yg di paparkan di ambil drpd :
1) Google, 
2) Facebook,
3) Terambil secara tak sengaja bila download..nk credit pon xtau sbb mgkn itu kunjungan pertama&terakhir..hehehe..
So..sy pon xcrop imej ni..klau ada nama tu..dia kot owner..ntah2 dia pon copy+paste gk..hahaha..gurau ja..(^_^)



Awak berani ka lupa kt sy??HAHAHA

Kalau dah jodoh kita kt Loh Mahfuz..InsyaAllah

Kebahagiaan Awak, Kebahgiaan Sy

If you comes back, i will say i never forgive u..HAHAHA..

Setiap orang ada kekuatan&kelamahan masing2..




Tuesday, November 13, 2012

ciri-ciri lelaki@perempuan kaki kikis

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..

Haa...ari ni ku ase nk berkongsi sedikit ilmu..kpd semua mcm mana nk tau org 2 kaki kikis@x..

1) Baru knl sehari da mntk topup..padahal salah nombor ja pon..(agak2 la ckit weih..).Nampak benor yg kau 2 kaki kikis org..

2) Selalu wat ayat sedih..konon2 merayu simpati..contohnya..xda duit laa..demam laa..da byk ari xmkn laa..(selalunya mesej mcm tu laa...). Bila kita tel..dia xagkat..musykil gak..xkan laa..demam xleh nk jawab fone..xlogik la..:-p

3) Selalu ja nk pinjam duit korang...bayar nyaa..ntah tahun bilaa..asal sesak jaa..muka korang la jd bank..korang nk mintak blik segan..pandai pinjam pandai bayor lerr...xkn itu pon nk ngajor..:-p

4) Dia hanya suka keluar dgn korang ni time gaji ja..sbb senang nk habiskan duit korang..hahahaha..:-p. Lps tu, korang la kena keluarkan duit time mkn..beli apa2 pon..guna duit korang jelah..:-p.

5) Dia suka kalau korang hadiahkan dia barang2 branded..xkisah la..jam ka..baju ka..kasut kaa..helmet kaa..asalkan branded..kelas kau jah!!!

6) Selalunya..orang yg suka kikis org len ni..penampilannya bergaya..maklom laa..da semua kau sapu..:-p. Org ni mengamalkan konsep biar papa asal bergaya..:-p.Oleh itu, dia terpaksa mengikis laa baru dpt bergaya..hahaha..:-p.

7) Bila kau bergaduh dgn org ni..dia akan ungkit semua benda yg pernah dia bg kt kau..tp dia xpernah pulak ungkit semua benda yg dia dpt drpd kau..haaa..nmpk x???

8) Orang yg kaki kikis ni selalunya kedekut..dia nk harta org jaa..harta dia..dia punyaa laa...xsemua yg kedekut tu kaki kikis..tp kaki kikis itu selalunya kedekut..hahahaha..:-p

9) Orang yg kaki kikis ni pandai berlakon..well..ada bakat jadi pelakon wanita / lelaki yg hebat..menang award laaa tiap2 tahun..:-p

10) Selalunya kaki kikis ni orang yg bujang..single..why??? sbb org yg da kahwin ni..kikis pasangan dia laa..haahaha..tp 2 bkn kikis..lbh kpd tanggungjawab bersama..


p/s: untuk mengelakkan dir anda dari di kikis..anda juga jgn lah kikis duit / harta benda /atau apa sahaja yg bukan milik anda..seperti kata-kata di bawah..sumber drpd google, fb..

Ingat daku dalam doamu..lupakan ku dalam solatmu..

Cinta itu seperti sinar matahari..terlalu memberi akan memakan diri sendiri..

Berkata benar walaupun ia pahit utk diterima..
Terima kasih daun keladi..lain kali datang lagi..hehehe..:-).




Thursday, October 11, 2012

Cucur Jagung Simple

Assalamualaikum..pembuka bicara..
Terima lah serangkap pantun 4 kerat ku ari ni..(rekaan semata2).hehehe..okey..(^^,)

Waktu pagi kita perlu bersarapan,
Jangan dibiarkan perut kosong,
Cucur jagung ku ini menjadi santapan,
Asalkan sedap akan masuk kerongkong.

So Sweet..(^^,)
Hahaha..berpantun plk!!!yelah..xkn asyik2 ayat yg sma ja..boring kot..ku nk taip pon boring..org yg bca pon lg la boring..xda ayat len ka..kreatif la ckit..(^^,).Wlpon tujuan asal nk kongsi resepi aja pon..Kdg2 org xtgk sgt pon apa yg ku tlis..tp cara ku menulis 2 yg membuatkan org 2 baca entri ku ..hahaha..btul ka???(andaian ku sahaja)


Bahan-bahan:
-Tepung gandum dlm 3 cwn
-1@2 tongkol jagung (sudah diperisi)
-Air 1/2 tabung air yg pnjg (boleh adjust nk guna byk mana)
-3/4 yis@mauripan..(boleh adjust sendiri)
-1 biji telur (nk guna bole,xnk pon bole)
-Sedikit garam (adjust cukup rasa)
-Sedikit MSG@ajinomoto (sdikit shja)
-Minyak / Marjerin (plhn msing2)
-Kuali

Cara-cara membuatnya:
My favourite...:-)

1) Panaskan minyak terlebih dahulu.Tapi dlm step ni ku guna marjerin sbb stok minyak da hbs..Panaskan marjerin terlebih dahulu sehingga cair..sementara tggu marjerin tu cair..bancuh la adunan tepung tersebut..

2)Masukkan tepung,lps 2 bancuh yis kt dlm air,masukkan garam,msg@ajinomoto skali dlm air tu..kacau sehingga sebati.

3)Masukkan air bancuhan td ke dalam tepung,masukkan jagung telah diperisi tadi dan gaul kan sehingga sebati.

4)Jangan bancuh adunan terlalu lembik kerana adunan akan menjadi kembang apabila yis@mauripan td sebati.

5)Jika adunan lembik setelah kembang, masukkan sedikit tepung kerana adunan yg lembik akan menyerap minyak yg byk.

6)Masukkan tepung ke dalam minyak@majerin yg telah di panaskan dengan menggunakan tangan supaya cucur menjadi agak bulat bentuknya.

7)Setelah cucur agak kekuning2ngan boleh lah diangkat.

8)Sebelum di masukkan ke dalam pinggan, letakkan cucur tersebut ditepi kuali supaya minyak yg berlebihan itu turun semula ke dlm kuali. Tujuannya supaya cucur tersebut tidak menjadi terlalu berminyak.

9)Da siap!!!permukaan kulit cucur itu agak masin sbb mybe marjerin tu mmg da garam..tp ase cucur tu sedap..cukup rasa..sbb jagung itu rasanya manis.

P/S: marjerin ini akan menjadikan cucur anda berbau harum ketika di goreng..seolah-olah seperti anda sedang membuat kuih..hehehe..di tambah dgn aroma jagung yg wangi ketika di goreng..Selamat mencuba!!!Lps ni klau xda minyak pon..pandai2 laa..cari alternatif lain..(^^,)


Di mulakan dgn Bismillah..di sudahi dgn Alhamdulillah..(^^,)
Okey..selamat mencuba resepi yg simple ni..setakat ni ramai da yg ku bg test ckp sedap..Ahahaha..laku kot cucur jagung simple ni..tp xtau nk ckp gak sbb tekak manusia ni xsama..hahaha..len org..len pendapatnya..(^^,).Nak tauu..kena wt dan test la dlu..lps 2 bg feedback camna asenya..hehehe..In shaa Allah..sedap..

Tuesday, October 9, 2012

Pertemuan & Perpisahan Dalam Kehidupan

Assalamualaikum..& salam sejahtera..
Hari ni nk update blog sbb ati ni ase rindu..rindu sgt2 kt kak ira..:-)
Da cukup 1 week kak ira resign..:-(
Touching plk ku sejak akhir2 ni..maklom la..suka duka ku kongsi dgn k.ira..bla k.ira xda len asenya..
Wlpon ku ni ssh nk touching@feeling2 ni..tp kdg2 feel gk benda2 cmni..
Xksh la apa org nk ckp..:-)
1,2,3..Action..Smile!!!
Pertemuan dan Perpisahan merupakan perkara biasa dlm kehidupan kita seharian..Setiap hari kita akan berjumpa dgn pelbagai jenis ragam manusia..tiada yg serupa..melainkan sedikit persamaan tp tidak secara keseluruhannya..Apa yg berlaku itu ialah sebahgian drpd perancangan illahi utk kita lbh memahami antara satu sama lain..Wlpon agak mustahil utk kita fhm seseorg itu 100% tp dgn adanya pertemuan itu kita akan lbh mengenali dirinya serba sedikit..

Adah & Adrina..(^^,)
Tidak perlu kawan beribu2 tp tiada yg dtg membantu di saat kau memerlukan...bkn kuantiti kwn yg dicari tp hatinya..Supaya walau apa pon yg blaku dia akan ttp sokong kau..wlpon secara kau sedari@x..Mungkin kdg2 kau xnmpk dia korbankan pa utk kau..tp percayalah..stiap kali kau berduka mesti dia akan tahu..Sbb dia lbh mengenali kau serta kau lah sebahagian drpd hdpnya..

Free style!!!
Okeylah..xnk sedih2..jom lyn jamuan perpisahan antara kitaorg dgn k.ira..Semoga k.ira success slalu wlau apa pon bidang yg k.ira plh..Ikhlas dari kami smua..sy sbgai wakil ja ya k.ira..(^^,)

Not ready!!!
Nothing to say..just smile
Boys..u Can choose all my friend..(just joke)
Candid style!!!
Girls and boys together in this pic...
1 princess & all princes
Ladies..u can choose all..(^^,)
Time to say..hungry!!!
Spicy+Milo for me..(^^,)

***Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....
***Hilang di mata tapi di hati tidak lupa...
***Berdoalah kita agar aman dan sentosa...
***Semoga kita berjumpa lagi di lain masa...

Setelah penat search kt google..ni ja lirik yg ku dpt..lyn jelah..(^^,)