kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Wednesday, September 3, 2014

Resepi puding karamel tanpa telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita setelah lama tidak bersiaran..Al-Maklom lahh..bz la katakan..Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yg sihat. Sebenarnya,ada beberapa resepi juga yg telah dicuba sepanjang 'ku bercuti / silent ' dari dunia blogging. Resepi ini baru dicuba 2 hari lepas (sewaktu entri ini di taip masuk dlm draft) semasa menggoogle segala macam resepi yg terlintas di fikiran.Hasilnya,setelah digoogle dapat laa resepi ini dan diolah sedikit sahaja mengikut bahan yang ada di dapur.Resepi ini diperolehi dari Teratak Mutiara Kasih.Terima kasih ya akak kerana kongsi resepi yg mudah dan sedap.Semoga Allah murahkan lagi rezeki akak..Amin..

Resepi puding karamel tanpa telur

Bahan-bahan A:(Gula hangus)
  • 5 sudu besar gula pasir


Bahan-Bahan B: ( Puding )
  • 1 paket agar-agar bertali 40gram (saya guna 1/2 sahaja anggaran dlm 20gram)
  • 3 mangkuk air berdasarkan jumlah agar-agar yg dimasukkan ke dlm mangkuk selepas aar-agar dibasuh.Jika 20gram agar-agr td penuh untuk 1 mangkuk,maka 3 mangkuk penuh juga air yg digunakan.
  • 1 1/2-2 senduk gula pasir.(klau xnk manis,kurangkan gula)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
  1. Mula-mula masukkan gula ke dalam loyang.Panaskan gula menggunakan api yang perlahan /kecil.Kacau sehingga rata keseluruhan permukaan loyang. Biarkan gula perang / hangus itu sejuk
  2. Basuh agar-agar bertali tadi dan toskan airnya.Letak dalam mangkuk untuk memudahkan kita menentukan kuantiti air yg hendak digunakan.Ini cara yg my mom ajar..hehehe..:-).
  3. Masukkan agar-agar bersama 3 mangkuk air dan masak agar-agar sehingga hancur.
  4. Masukkan gula dan kacau sehinga larut.
  5. Setelah itu,masukkan susu pekat manis dan susu cair.Kacau-kacau sebati dan masukkan sedikit esen vanilla.
  6. Akhir sekali,masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit agar tidak ketul-ketul.Masak sehingga agak pekat puding itu dan boleh tutup api.
  7. Tapis terlebih dahulu yaa sebelum di tuang puding ke dalam loyang / bekas yang mengandungi karamel.
  8. Sejukkan puding terlebih dahulu baru masukkan ke dalam peti sejuk.Selepas itu,baru terbalikkan puding.
  9. Selamat mencuba..


Puding Karamel
Mudah jerr..nyum3..
Cara buat karamel @gula hangus
1:3 (1 mangkuk agar-agar : 3mangkuk air)
1 loyang ni 1 ari jaa habis ngap!!!
1 slice for u..
Sebelum diterbalikkan..
Sangat mudah untuk membuatnya jika kita tidak takut untuk mencuba sesuatu dan berusaha untuk melakukannya. Ini kata-kata motivasi utk ku sendiri.Pada mulanya tidak pula ku sangka puding ini menjadi kerana ini percubaan pertamaku membuat puding. Minggu ni jaa da 6 puding ku buat utk kwn my mom,kwn my sis and my family.Ada yg request nk lg..Oppss..Maaf la naa..kekangan MASA.hihihi..Ada rezeki nnt bole wt lg..Bkn apa..nk share kt blog pon amik masa..dok peram dlm draf.Ada rezeki kaa..umor yg panjang,jumpa lagi..Asssalamualaikum..

No comments:

Post a Comment