kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Thursday, September 4, 2014

Resepi Ayam Goreng Tepung (Adabi)

Assalamualaikum..bersua kembali setelah lama bercuti. Tujuan asal nk clearkan draf yg xsempat dipublishkn..hehehee..Resepi ni pon da lma wt masa bln ramadhan ritu.Dek kerana kesuntukan masa dan macam-macam komitmen yg lain..maka hanya di taip dan disimpan sahaja..Kalau da mai time rajin mmg smpt la update blog yg sepi ni..Apa2 pon semoga pembaca semuanya sihat dan sentiasa dlm rahmat Allah S.W.T Hari ni nak kongsi resepi yg mudah dan cepat..

Resepi Ayam Goreng Tepung(Adabi)

Bahan-Bahan:

  • Beberapa ketul paha ayam / dada ayam
  • 1 kotak tepung goreng adabi(kecil)
  • 1@2 biji telur (ikut saiz)
  • Sedikit tepung gandum
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Cuci ayam dengan bersih dan toskan airnya
  2. Gaulkn tepung adabi dan tepung gandum.
  3. 1 cwn tepung gandum,1/2 cwn tepung Adabi Nisbah 1:1/2
  4. Masukkan lada sulah & lada hitam
  5. Dalam bekas lain,masukkan telur dan kacau2.
  6. Panaskan minyak dlm kuali.
  7. Celupkan ayam satu persatu kedalam telur dan golekkan ke atas adunan tepung.Ulang lagi sekali proses ini.
  8. Masukkan ayam tadi ke dalam minyak yg panas.
  9. Masukkan maximum 3 ketul sahaja dlm 1 masa kerana tepung yg jatuh akn mendap di kuali.
  10. Masak menggunakan api yg sederhana utk memastikan ayam masak secara keseluruhan.
  11. Ulang proses sehingga selesai dan toskan minyak ayam terlebih dahulu utk memastikan ayam tidak terlalu berminyak.
Ayam goreng da siap!!!
1 2 3..ayam goreng tepung possing..peace..:-)
Selamat mencuba..resepi yg mudah serta murah..hihihi..lupa nak mention garam xletak sbb tepung tu da masin..Step bergambar cara nk wt xsnap sbb ni resepi berkurun..da lma xwt..

















No comments:

Post a Comment