kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Wednesday, September 30, 2015

Benih Bunga Matahari@Sunflower Seeds

Assalamualaikum..dan salam sejahtera
Sekian lama bercuti dan menyepikan diri tak sempat nak update entri kt blog ni. Semoga pembaca semua sihat dan ceria selalu.

Bercuti tapi sibuk dengan pelbagai aktiviti terutamanya berkebun. Berkebun sekadar mengisi masa yang terluang.Selama bercuti asyik menyemai keratan ros sahaja sebgai koleksi.Bermula dgn dua pokok ros menjadi 12 pokok. 10 pokok hantar kt kg bagi emak.Jimat dah duit..kalau nak beli pon paling murah RM7 tu pon kecik jaa..selalunya belas-belas,puluh-puluh juga la bergantung kpd jenis ros..yang beratus pon ada..


Berbalik kpd tujuan asal,sebenarnya dah lama teringin nak tanam bunga matahari@sunflower yg jenis besar@giant sunflower. Mana laa nak dpt benih yg rare mcm tu..pernah beli kt kedai eco (alaa kedai RM2 tu laa) skrg kedai RM2.12 tapi benih yang disemai kurang bernas..hidup segan mati xmau ja pokok tu.Mungkin juga benih sudah lama dlm pembungkusan.Nak dijadikan cerita,akhirnya dpt juga benih bunga matahari@sunflower seeds..dlm pertengahan bln April.Sehingga hari ini pokok ini masih berbunga tetapi kecil-kecil sahaja sebab bunga yang paling besar sudah dituai kuacinya@biji benihnya.

Berminat untuk dapatkan benih bunga matahari @sunflower seeds ini boleh PM ya..serious buyer only..Fb: Adrina Lavender Taurus--->> https://www.facebook.com/adrina.taurus
 Antara koleksi gambar seperti dibawah

 




























1 comment:

  1. Hai saya hafifi. Saya sangat berminat nak beli benih Matahari ni. Masih ada lagi ke?

    ReplyDelete