kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Friday, September 11, 2020

Resepi oden mudah,murah dan jimat

RESEPI ODEN UNTUK 1 FAMILY (7 orang)

BAHAN-BAHAN
2 paket kecil perencah pes Asam Pedas 
2 paket perencah Tomyam 
2 Kiub pati Ayam
Garam
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya

Bahan-bahan Oden:

(fishball,fishcake,bebola ketam,bebola ayam dan sebagainya).Sy beli yg mix 1kg kt pasaraya.

Sayur (sawi,baby corn,kailan,cendawan dan sebagainya)

Bihun/Mee Segera (tanpa perencah)

CARA MEMASAK:

1.Panaskan air dalam periuk noxxa.Kalau tiada periuk noxxa boleh guna periuk biasa.

2.Masukkan pes tomyam,pes asam pedas dan kiub pati ayam.Biarkan sehingga mendidih.Bila sudah mendidih boleh masukkan sedikit serbuk perasa & garam jika perlu.

3.Bahan-bahan oden boleh dicucuk menggunakan lidi sate.Saya masukkan terus ke dalam periuk noxxa.

4.Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden akan terapung dipermukaan bila sudah masak.
Bila oden sudah masak baru masukkan sayur dan cendawan.

5.Bahan sampingan boleh celur bihun/mee segera tanpa perencah.Dah siap oden boleh dihidangkan.

Selamat mencuba semua..😍






Resepi Soda herbs + Oren


Assalamualaikum semua.apa khbr?Semoga semuanya sihat2 selalu..😍.Resepi air soda herbs + oren ni sy pernah share kt group fb,personal fb dan page fb..untuk post kt blog tu jarang2 sekali sbb kdg tu tak sempat..😂😂😂

AIR SODA HERBS + OREN
Merupakan olahan saya sendiri untuk memberikan rasa yg berbeza dalam menikmati kesegaran air soda herbs..Selamat mencuba..😍😍😍

Bahan-bahannya

2 botol besar air aiskrim soda F&N /A&W
1 tin Longan
1 tin Laici 
1 biji Lemon (dihiris)
2 biji Oren Navel /Sunkist (dihiris)
2 paket kecil asam boi putih
2 batang serai (diketuk)
Ais Batu secukupnya
Daun pudina (sy xletak sebab xda stok)

Cara-caranya:

1.Basuh @cuci lemon,oren,serai dan daun pudina terlebih dahulu.

2.Hiris nipis @sedang2 sahaja lemon dan oren.

3.Serai diketuk

4.Masukkan semua bahan yang dihiris di atas

5.Masukkan daun pudina,serai,asam boi,longan&laici bersama airnya

6.Masukkan aiskrim soda.Biarkan selama 30minit @ 1jam baru masukkan ais batu.

7.Jika air soda herbs tidak dapat dihabiskan,tapiskn bahan2 yg ada dan boleh buat aiskrim malaysia.