kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Tuesday, October 27, 2020

Resepi Kalakatar (Bingka Kelapa)


Resepi Kalakatar / Bingka kelapa

(Kuih Banjar / Wadai orang Banjar)

Versi moden guna oven..Resepi asli guna sabut kelapa semasa proses membakar kuih.

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung beras

½ cawan tepung gandum

1 cawan gula (taknak manis kurangkan)

2 biji telur gred B

4 cawan air kelapa muda 

1 mangkuk isi kelapa muda

½ sudu teh garam

1 sudu besar marjerin (buttercup)

Cara membuatnya :

1) Masukkan gula,marjerin dan telur dalam bekas.Kacau sebati hingga gula larut dan masukkan tepung bersama sedikit garam dan air kelapa.

2) Setelah adunan tadi sudah sebati, tapiskan ke dalam periuk. Ini untuk memastikan tiada ketulan tepung dalam adunan tersebut.

3)Masak adunan bersama sedikit isi kelapa dalam periuk sehingga adunan pekat.Adunan perlu sentiasa dikacau menggunakan api yg sederhana.

4) Kemudian masukkan ke dalam loyang yg disapu dengan sedikit marjerin (buttercup) untuk mengelakkkan kuih melekat pada loyang dan memudahkan proses untuk memotong kuih.

5) Isi kelapa juga ditaburkan di atas adunan dan bakar selama 1½ jam dgn kepanasan 180'C.Atau sehingga masak bergantung kpd oven masing-masing.

6) Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.

Selamat mencuba 😍😍😍

Kuih kalakatar sangat wangi ketika dibakar

Sebelum dikacau di atas api 

Semasa dikacau di atas api 

Bila adunan pekat,taburkan isi kelapa di atas

Isi kelapa muda
Taraa..hasilnyaa..🤭🤭🤭

Sejak masuk majalah 3 semakin famous kuih kalakatar ni..😁😁😁.












No comments:

Post a Comment