kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Thursday, September 4, 2014

Resepi Ayam Goreng Tepung (Adabi)

Assalamualaikum..bersua kembali setelah lama bercuti. Tujuan asal nk clearkan draf yg xsempat dipublishkn..hehehee..Resepi ni pon da lma wt masa bln ramadhan ritu.Dek kerana kesuntukan masa dan macam-macam komitmen yg lain..maka hanya di taip dan disimpan sahaja..Kalau da mai time rajin mmg smpt la update blog yg sepi ni..Apa2 pon semoga pembaca semuanya sihat dan sentiasa dlm rahmat Allah S.W.T Hari ni nak kongsi resepi yg mudah dan cepat..

Resepi Ayam Goreng Tepung(Adabi)

Bahan-Bahan:

  • Beberapa ketul paha ayam / dada ayam
  • 1 kotak tepung goreng adabi(kecil)
  • 1@2 biji telur (ikut saiz)
  • Sedikit tepung gandum
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Cuci ayam dengan bersih dan toskan airnya
  2. Gaulkn tepung adabi dan tepung gandum.
  3. 1 cwn tepung gandum,1/2 cwn tepung Adabi Nisbah 1:1/2
  4. Masukkan lada sulah & lada hitam
  5. Dalam bekas lain,masukkan telur dan kacau2.
  6. Panaskan minyak dlm kuali.
  7. Celupkan ayam satu persatu kedalam telur dan golekkan ke atas adunan tepung.Ulang lagi sekali proses ini.
  8. Masukkan ayam tadi ke dalam minyak yg panas.
  9. Masukkan maximum 3 ketul sahaja dlm 1 masa kerana tepung yg jatuh akn mendap di kuali.
  10. Masak menggunakan api yg sederhana utk memastikan ayam masak secara keseluruhan.
  11. Ulang proses sehingga selesai dan toskan minyak ayam terlebih dahulu utk memastikan ayam tidak terlalu berminyak.
Ayam goreng da siap!!!
1 2 3..ayam goreng tepung possing..peace..:-)
Selamat mencuba..resepi yg mudah serta murah..hihihi..lupa nak mention garam xletak sbb tepung tu da masin..Step bergambar cara nk wt xsnap sbb ni resepi berkurun..da lma xwt..

















Wednesday, September 3, 2014

Resepi puding karamel tanpa telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita setelah lama tidak bersiaran..Al-Maklom lahh..bz la katakan..Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yg sihat. Sebenarnya,ada beberapa resepi juga yg telah dicuba sepanjang 'ku bercuti / silent ' dari dunia blogging. Resepi ini baru dicuba 2 hari lepas (sewaktu entri ini di taip masuk dlm draft) semasa menggoogle segala macam resepi yg terlintas di fikiran.Hasilnya,setelah digoogle dapat laa resepi ini dan diolah sedikit sahaja mengikut bahan yang ada di dapur.Resepi ini diperolehi dari Teratak Mutiara Kasih.Terima kasih ya akak kerana kongsi resepi yg mudah dan sedap.Semoga Allah murahkan lagi rezeki akak..Amin..

Resepi puding karamel tanpa telur

Bahan-bahan A:(Gula hangus)
  • 5 sudu besar gula pasir


Bahan-Bahan B: ( Puding )
  • 1 paket agar-agar bertali 40gram (saya guna 1/2 sahaja anggaran dlm 20gram)
  • 3 mangkuk air berdasarkan jumlah agar-agar yg dimasukkan ke dlm mangkuk selepas aar-agar dibasuh.Jika 20gram agar-agr td penuh untuk 1 mangkuk,maka 3 mangkuk penuh juga air yg digunakan.
  • 1 1/2-2 senduk gula pasir.(klau xnk manis,kurangkan gula)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
  1. Mula-mula masukkan gula ke dalam loyang.Panaskan gula menggunakan api yang perlahan /kecil.Kacau sehingga rata keseluruhan permukaan loyang. Biarkan gula perang / hangus itu sejuk
  2. Basuh agar-agar bertali tadi dan toskan airnya.Letak dalam mangkuk untuk memudahkan kita menentukan kuantiti air yg hendak digunakan.Ini cara yg my mom ajar..hehehe..:-).
  3. Masukkan agar-agar bersama 3 mangkuk air dan masak agar-agar sehingga hancur.
  4. Masukkan gula dan kacau sehinga larut.
  5. Setelah itu,masukkan susu pekat manis dan susu cair.Kacau-kacau sebati dan masukkan sedikit esen vanilla.
  6. Akhir sekali,masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit agar tidak ketul-ketul.Masak sehingga agak pekat puding itu dan boleh tutup api.
  7. Tapis terlebih dahulu yaa sebelum di tuang puding ke dalam loyang / bekas yang mengandungi karamel.
  8. Sejukkan puding terlebih dahulu baru masukkan ke dalam peti sejuk.Selepas itu,baru terbalikkan puding.
  9. Selamat mencuba..


Puding Karamel
Mudah jerr..nyum3..
Cara buat karamel @gula hangus
1:3 (1 mangkuk agar-agar : 3mangkuk air)
1 loyang ni 1 ari jaa habis ngap!!!
1 slice for u..
Sebelum diterbalikkan..
Sangat mudah untuk membuatnya jika kita tidak takut untuk mencuba sesuatu dan berusaha untuk melakukannya. Ini kata-kata motivasi utk ku sendiri.Pada mulanya tidak pula ku sangka puding ini menjadi kerana ini percubaan pertamaku membuat puding. Minggu ni jaa da 6 puding ku buat utk kwn my mom,kwn my sis and my family.Ada yg request nk lg..Oppss..Maaf la naa..kekangan MASA.hihihi..Ada rezeki nnt bole wt lg..Bkn apa..nk share kt blog pon amik masa..dok peram dlm draf.Ada rezeki kaa..umor yg panjang,jumpa lagi..Asssalamualaikum..

Tuesday, April 15, 2014

Air Sirap Rambutan

Assalamualaikum..bersua kembali..entah kenapa laa.dok rajin sgt nak update blog nieh..mungkin sbb wifi terpasang 24jam,mungkin juga sebab da lama xmenulis..mungkin juga disebabkan beberapa kemungkinan yang lain..

Tak nak cita panjang cuma nak kongsi menu yang ringkas ini sahaja.Bahan-bahan yang diperlukan ialah rambutan,pewarna merah(sirap),gula dan sedikit air.Cara mudah sahaja..mula-mula potong isi rambutan secara memanjang..jika besar belah dua.Letakkan dlm jug@gelas.Bancuh air gula bersama pewarna merah@sirap tadi.Bancuh agak manis sahaja mengekalkan keaslian rasa rambutan tersebut.Masukkan air gula tersebut ke dalam jug@gelas yang mengandungi rambutan tersebut.Akhir sekali masukkan ketulan ais@ais kiub.Lepas dicampur..minum ler..hihihi..

Sirap rambutan 1....

Sirap rambutan siap!!!

Srupppp...sruppp..sedapnyaa..

Sejuk di tekak..

Menanam buah tembikai part 2

Assalamulaikum..bertemu kembali kita di waktu ini..dengan sambungan entri berkebun.Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu hendaknya..Amin..

Sejak lama menyepikan diri dari dunia blogging nieh..terasa macam sunyi pulak.Eleehh..macam ada la sgt org nk baca blog ku yg xseberapa ni..hehehe.

Berbalik kepada topik asal..mengenai tembikai.Ku mula menanam tembikai pada hujung bln 11 dan awal bln 12 tahun lepas.Sekarang sudah 14 april..apakah yang berlaku kepada pokok tembikai yang pernah ku ceritakan sebelum ini.

Alhamdulillah..setelah mengharungi musim panas dan kemarau yang panjang akhirnya pokok tembikai itu membuahkan hasil.Walaupun tidak begitu besar tetap menjadi rezeki kami.Okey..tak nak bebel panjang..jom layan gambar nie..

Tembikai di luar pagar..

Menjadi tatatpan orang di taman ini

Rezeki hanya sebesar  tapak tangan

Ini lah hasilnyaa..taraaa..

Agak manis walaupun kecil sahaja..






Setelah menanti sekian lamanyaa..akhirnya dapat juga ku merasa buah tembikai ini.Walaupun berebut dengan serangga lain,pokok diserang kekabuh timun..namun jika tertulis rezeki kita di situ..insyaAllah..pasti kita akan mendaptnya jua..^_^.

Penat lelah berkebun pun terasa sangat berbaloi..Episod seterusnya akan ku ceeritakan tentang jagung pula yang ditanam di halaman rumah yang luasnya cuma sekangkang kera..hehehe..Semoga kita berjumpa lagi di hari yang lain..



Monday, April 14, 2014

Menanam buah tembikai part 1

Assalamualaikum..^__^.Rindu rasa hati ni nak menulis sepatah kata..sejak mendirikan rumah tangga..sibuk memanjang dgn pelbagai aktiviti..Muncul pula hobi baru iaitu berkebun.Pada asalnya tidak terfikir pon utk berkebun sbb tinggal pon kt rmh sewa ja.Biasa laa..klau da nama rmh sewa lalang pon tinggi.Risau kalau ada ular,binatang berbisa dan sebagainya.

Maka..langkah drastik diambil dgn menyuruh MR.Hubby meracun segala rumput dan lalang tersebut.
Lepas diracun..rumput dibakar..Lepas bakar tanam ler lagi..hihihi..

Benih tembikai merah ni dibeli kt Pendang,Kedah Darul Aman.Beli pek kecil ja..dlm tu kalau xsilap ada dlm 15 biji ank benih.Harga sepeket RM2.50,ambil 2 paket sebagai pek percubaan.Ini merupakan percubaan kali pertama utk menanam tembikai.Adakah percubaan ini berjaya??Jeng Jeng Jeng...

Alhamdulillah..menjadi..^_^.


Di tanam rapat untuk jimatkan ruang
Pokok tembikai mula merayap di atas tanah
Daun set tembikai membesar
Ruangan yang terhad

Manfaatkan ruang yg ada ya tembikai..

Macam nk keluarkan bunga jer..


Alhamdulillah..cantik sungguh bunga tembikai jantan ni..eh..yg betina mana??

Semua sama jer..tak namapak putik buah lagi..

Bunga yg terlindung disebalik daun..


Tetap cantik walaupun bunga tembikai jantan..








Friday, December 7, 2012

Di Sini Takdir Kita

Assalamualaikum...salam sejahtera...

Di sini takdir kita..kita bertemu..kita bercinta..kita mengenal hati budi..kita menyelami hati masing-masing..suka-duka kita kongsi bersama..

Walaupun kadang-kala ujian datang melanda..menguji keteguhan cinta kita..kadang-kala kita ego mempertahankan pendapat masing-masing..

Terima Kasih di atas kurniaan illahi..walaupun kau bukan yang pertama di hati ini..Tetapi kehadiranmu mengisi kekosongan hati yang telah lama terkunci..

Di sini juga ku ingin kau tahu..bahawa kata-kata cinta yang pernah kau ucap..masih ku simpan dalam nota kecil..

~Bila purnama menghilang,
~Hilanglah segala cita,
~Dalam kerinduan padamu,
~Bila 1 namamu teratas yang ternama,
~Hanya pada 1 nama yang ku cinta,
~Pada kerinduan setiap hari...

Eiiceehhhh...jiwang gak ek..Hahaha...Next..ayat jiwang ku plk kt dia..(^^,)

~Bila sesuatu dirasa,
~Lahirnya sebuah cinta,
~Dan apabila ku terasa,
~Hadirnya 1 cinta untuk kita..

~Hadirnya 1 cinta,
~Memberikan 1001 makna,
~Terbuka hatiku tanpa di duga,
~Ku harap kita kan bahagia..

Okey..da habis ayat jiwang..terima lah serangkap pantun jiwang plk..

~Bintang cerah waktu malam,
~Bulan terang setiap hari;
~Kasih sayang semakin dalam,
~Kekasihku seorang rindunya hari-hari.

P/S:segala imej yg di paparkan di ambil drpd :
1) Google, 
2) Facebook,
3) Terambil secara tak sengaja bila download..nk credit pon xtau sbb mgkn itu kunjungan pertama&terakhir..hehehe..
So..sy pon xcrop imej ni..klau ada nama tu..dia kot owner..ntah2 dia pon copy+paste gk..hahaha..gurau ja..(^_^)



Awak berani ka lupa kt sy??HAHAHA

Kalau dah jodoh kita kt Loh Mahfuz..InsyaAllah

Kebahagiaan Awak, Kebahgiaan Sy

If you comes back, i will say i never forgive u..HAHAHA..

Setiap orang ada kekuatan&kelamahan masing2..




Tuesday, November 13, 2012

ciri-ciri lelaki@perempuan kaki kikis

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..

Haa...ari ni ku ase nk berkongsi sedikit ilmu..kpd semua mcm mana nk tau org 2 kaki kikis@x..

1) Baru knl sehari da mntk topup..padahal salah nombor ja pon..(agak2 la ckit weih..).Nampak benor yg kau 2 kaki kikis org..

2) Selalu wat ayat sedih..konon2 merayu simpati..contohnya..xda duit laa..demam laa..da byk ari xmkn laa..(selalunya mesej mcm tu laa...). Bila kita tel..dia xagkat..musykil gak..xkan laa..demam xleh nk jawab fone..xlogik la..:-p

3) Selalu ja nk pinjam duit korang...bayar nyaa..ntah tahun bilaa..asal sesak jaa..muka korang la jd bank..korang nk mintak blik segan..pandai pinjam pandai bayor lerr...xkn itu pon nk ngajor..:-p

4) Dia hanya suka keluar dgn korang ni time gaji ja..sbb senang nk habiskan duit korang..hahahaha..:-p. Lps tu, korang la kena keluarkan duit time mkn..beli apa2 pon..guna duit korang jelah..:-p.

5) Dia suka kalau korang hadiahkan dia barang2 branded..xkisah la..jam ka..baju ka..kasut kaa..helmet kaa..asalkan branded..kelas kau jah!!!

6) Selalunya..orang yg suka kikis org len ni..penampilannya bergaya..maklom laa..da semua kau sapu..:-p. Org ni mengamalkan konsep biar papa asal bergaya..:-p.Oleh itu, dia terpaksa mengikis laa baru dpt bergaya..hahaha..:-p.

7) Bila kau bergaduh dgn org ni..dia akan ungkit semua benda yg pernah dia bg kt kau..tp dia xpernah pulak ungkit semua benda yg dia dpt drpd kau..haaa..nmpk x???

8) Orang yg kaki kikis ni selalunya kedekut..dia nk harta org jaa..harta dia..dia punyaa laa...xsemua yg kedekut tu kaki kikis..tp kaki kikis itu selalunya kedekut..hahahaha..:-p

9) Orang yg kaki kikis ni pandai berlakon..well..ada bakat jadi pelakon wanita / lelaki yg hebat..menang award laaa tiap2 tahun..:-p

10) Selalunya kaki kikis ni orang yg bujang..single..why??? sbb org yg da kahwin ni..kikis pasangan dia laa..haahaha..tp 2 bkn kikis..lbh kpd tanggungjawab bersama..


p/s: untuk mengelakkan dir anda dari di kikis..anda juga jgn lah kikis duit / harta benda /atau apa sahaja yg bukan milik anda..seperti kata-kata di bawah..sumber drpd google, fb..

Ingat daku dalam doamu..lupakan ku dalam solatmu..

Cinta itu seperti sinar matahari..terlalu memberi akan memakan diri sendiri..

Berkata benar walaupun ia pahit utk diterima..
Terima kasih daun keladi..lain kali datang lagi..hehehe..:-).