kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Thursday, December 15, 2016

Cara Tanam Rose

Cara Tanam Bunga Ros /Mawar

Assalamualaikum...ehhh..siapa kat sini suka bunga ros @ mawar???say hiiiii...
Percaya tak nak tanam ros ni senang ja..okey kat sini ada beberapa blog yang boleh dijadikan panduan untuk kita belajar cara tanam pokok bunga ros seperti :1.  Norin's Garden  2. ,Ana Solehah Dunia Ilhamku  3. akademiflora.com  4.omah-tips.blogspot.

Berbalik kepada tujuan asal,walaupun ada banyak cara/kaedah untuk tanam bunga ros, di sini saya ingin kongsikan kaedah/cara saya menanam ros. Saya tidak pernah membeli walau sepokok bunga ros. Saya mendapat keratan batang ros pemberian dari kawan, saudara mara dan jiran.Bermula dengan sebatang dahan ros berwarna pink, menjadi 15 pasu bunga ros. Sehingga sekarang telah berjaya mengumpul beberapa lagi jenis ros dan menyemai keratan ros sehingga 50++ di dalam pasu dan polibeg

Ada yang telah dijual dengan harga murah jerr..(untuk kawan-kawan).Okey kaedah yg saya gunakan hanya 4 bahan utama ;Tanah merah gebu warna seakan kuning (saya beli), polibeg (saya guna size kecik sahaja), keratan ros (free),dan air. Cara-cara:

  1. Isikan tanah dalam polibeg/pasu hampir nak penuh
  2. Basahkan tanah dengan air,pastikan tanah dalam polibeg/pasu basah sepenuhnya
  3. Cucukkan keratan ros (free) kat dalam tanah
  4. Letakkan ditempat yang redup tetapi masih mendapat cahaya matahari
  5. Pastikan tanah sentiasa lembab tetapi tidak menakung air kerana kelembapan yang tinggi akan menyebabkan keratan ros menjadi hitam/busuk
  6. Keratan ros akan mengeluarkan tunas/pucuk baru kira-kira dalam tempoh sebulan.
Jika ada kesempatan saya akan kongsikan gambar pokok bunga ros saya. in shaa Allah. Semoga tips yang diberikan sedikit sebnyak membantu anda untuk menanam ros.






No comments:

Post a Comment