kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Tuesday, September 18, 2012

Resepi Apam@ Kuih Senyum

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Hari ni try resepi drpd kwn yg berasal dr Sabah..Nama dia Nuraini a.k.a NOY..Resepi yg simple & mudah sgt2..Dia siap jadi sifu ku..hahaha..mklom la..first time try resepi ni..terima kasih ya sbb sudi kongsi..hehehe..

Bhn2:
1) 1 biji telur.
2) 1 cawan gula.
3) 1/2 cawan susu pekat manis (xkisah ar brand apa pon).
4) 2 1/2 cawan tepung gandum.
5) Pewarna Star Brand ( xksh warna apa..nk cntik guna 2 warna).
6) 1 bungkus cawan kertas.
7) 2 gelas kosong bersama sudu.
8) Penyepit.
9) Periuk.
10) 1 sudu teh Ovelett.
11) Air (prepare utk kegunaan semasa).

Cara-cara
1) Mula2 pukul telur bersama gula sehingga kembang (nk cpt guna mixer ja).
2) Selepas itu, masukan ovelett, pukul lagi sehingga sebati.
3) Masukkan susu,utk lbh mudah campur susu dgn sedikit air supaya senang di kacau.
4) Kacau sehingga sebati adunan tersebut.
5) Masukkan tepung 1 cwn dahulu, lps itu masukan 1 cawan lagi..selepas itu baru masukkan lagi 1/2..jika adunan cair, tambahkan lagi sedikit tepung sehingga adunan kelihatan agak pekat.
6) Panaskan periuk bersama air sehingga mendidih.
7) Sementara itu,asingkan dlm 3-4 sudu adunan ke dlm 2 cawan berlainan.
8) Masukan pewarna hijau(sy guna) ke dlm 1 cawan, 1 cawan lagi masukan pewarna kuning(sy guna)
9) Masukkan cawan kertas ke dlm cup plastik (utk elak kertas itu rosak@cacat bentuknya).
10) Masukkan 1 sudu besar adunan tersebut ke dlm cawan kertas
11) Letakkan toping di atas menggunakan pewarna di atas.
12) Buatkan sebahagian warna hijau, sebahagian lagi warna kuning di bahagian tepi
13) Ulang sehingga semua adunan habis.
14) Masukkan semua cawan kertas itu ke dlm periuk utk di kukus.

Ini lah hasilnya...jeng..jeng..jeng..














Kompom senyum wlpon first time wat..hehehe..

No comments:

Post a Comment