kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Tuesday, September 4, 2012

58 CIRI AJARAN SESAT DI MALAYSIA PART 1

ASSALAMUALAIKUM...DAN SALAM SEJAHTERA..

Sebenarnya, di sini ku ingin berkongsi satu artikel yg ku dpt drpd seorg makcik sewaktu ku g kedai gambar..kt area Bagan Serai, Perak..Drpd perbualan yg ku t'dgr makcik 2 dpt artikel ni drpd seorg ustaz..Oleh kerana byk sgt..ku tulis separuh dulu ciri2 ajaran sesat ni..

CIRI TERSEBUT:

1.MEMPERCAYAI BAHAWA SEMUA AGAMA ADALAH SAMA.

2.MEMPERCAYAI BAHAWA GURU MEREKA BOLEH MENEBUS DOSA DGN WANG.

3.MEMANSUHKAN SYARIAT ISLAM DAN MEMBUAT SYARIAT BARU.

4.GURU MEMBUAT PENGAKUAN MEMEGANG KUNCI PINTU SYURGA.

5.MENGAKU ALLAH MENJELMA DALAM DIRI GURU ATAU SESEORANG.

6.PERCAYA MAKHLUK2 SEPERTI KAYU, BATU@LAIN2 ADA KUASA MUTLAK.

7.MENGHALALKAN SESUATU YG DIHARAMKAN OLEH ALLAH SWT.

8.MENGHALALKAN NIKAH ADIK-BERADIK.

9.MEMINTA PERTOLONGAN TERUS DRPD ORG YG TELAH MATI.

10.MENGAKU BAHAWA GURUNYA SEBAGAI NABI@MALAIKAT.

11.MEMPERCAYAI ADA LAGI NABI SELEPAS NABI MUHAMMAD SAW.

12.MEMPERCAYAI WAHYU TURUN SELEPAS WAFATNYA NABI MUHAMMAD SAW.

13.MENGAKU DIRI SEBAGAI NABI ISA AS.

14.SYEIKH@GURUNYA MENDAKWA MEMPUNYAI MUKJIZAT.

15.MEMPERCYAI ROH ORG MATI BOLEH MEMBERI PERTOLONGAN APABILA DISERU NAMANYA.

16.GURU MENGAKU IMAM MAHDI DAN MURIDNYA YG TERKANAN IALAH NABI ISA AS.

17.PERBUATAN ZINA, JUDI, MINUM ARAK DAN SEGALA BERBENTUK DOSA BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU/ KHALIFAH TAREKATNYA DAN BOLEH MENJAMIN DAPAT AMPUNAN ALLAH TA'ALA ATAS DOSA PENGIKUTNYA.

18.AMALAN HAJI TIDAK SEMESTINYA DI MEKAH, DITEMPAT LAIN JUGA BOLEH.

19.SEMBAHYANG TIDAK PERLU BERJEMAAH DAN TIDAK PERLU MENGADAP KIBLAT.

20.MENGAKU MENGETAHUI PERKARA2 GHAIB, MENILIK NASIB SESEORANG.

21.ISLAM ITU TIDAK SAH JIKA TIDAK DIISLAMKAN OLEH GURUNYA.

22.SEMUA MANUSIA MELIHAT ALLAH DI DUNIA INI.

23.PENGIKUT WAJIB MERAHSIAKAN AJARAN KALAU TIDAK,AKAN DITIMPA BALA.

24.GURU ATAU MURID MEMBUAT PENGAKUAN MENERIMA WAHYU.

25.MENDAKWA BAHAWA DIRINYA SEBAGAI WAKIL NABI BOLEH MEMBERI SYAFAAT
KPD MURIDNYA.

26.MENGAKU DIRINYA@GURUNYA MAKSUM.

27.BOLEH MEMANGGIL ROH ORG MATI (TAHDIR ARWAH) DLM AMALAN TURUN TEMURUN OLEH BOMOH@TUKANG SIHIR.

28.MERAMALKAN KEDATANGAN IMAM MAHDI DAN HARI KIAMAT.

29.MEMPERCAYAI BAHAWA ORG TERTENTU GHAIB(TIDAK MATI) DAN AKAN LAHIR SEMULA SEBAGAI IMAM MAHDI.

P/S: SEMOGA KITA SEMUA TIDAK TERPENGARUH DGN AJARAN SESAT YG SEMAKIN BERLELUASA DI MALAYSIA..KERANA TERDAPAT BYK PIHAK YG CUBA UTK MEMESONGKAN AKIDAH SESEORANG MUSLIM..SECARA KITA MENYEDARI@X..INI SEBAGAI PERINGATAN KPD SAUDARA MUSLIM SEKALIAN..TERMASUK DIRI SAYA SENDIRI..INSYAALLAH..SY MASUKKAN LG SEBAHAGIAN CIRI2 AJARAN SESAT INI DLM MASA YG TERDEKAT..MAAF SBB XDPT TULIS SEMUA..KERANA KEADAAN TIDAK MENGIZINKAN..

SEBAGAI RUJUKAN,
ARTIKEL INI DITERBITKAN OLEH BAHAGIAN PENYELIDIKAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK.
EMAIL:jaipk@streamix.com








No comments:

Post a Comment