kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Wednesday, June 8, 2016

Cerita tentang Kucing kesayangan ku


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bertemu kembali di ruangan sepi ini ( jarang diupdate ). Mood ke laut ja kebelakangan ni..

Sejak akhir2 ini emosi agak tak stabil..hahahahaha

Setiap orang ada hobi, minat, kesukaan, kesayangan masing-masing. Begitu juga dgn aku......

Aku merupakan seorang yang sangat sukakan kucing, sayangkan kucing a.k.a cat lover

sebab apa aku suka kucing..no reason..xda alasan yg kukuh pon cuma aku mmg kesian kt kucing yg

dok ngiauuu..ngiauuu ngiauuu niii..lagi pon mungkin juga untuk saham akhirat..

Bila dah start bela kucing..actually aku byk bercakap dgn kucing pulak..kucing ni sebenarnya faham

ja apa yg tuan dia ckp..kucing aku laa kucing org lain xtau laa plk.

Sampai satu tahap aku dah anggap mereka sebahagian dari hidup aku..bermula lah episod duka..seekor demi seekor hilang tanpa berita dan tidak dapat dikesan jejaknya...
Petanda awal mereka nak pergi dari sisiku...mereka sangat manja..terlalu manja dan agak mengada..
Suka tidur berkongsi bantal..tidur bersebelahan....

Setiap kenangan itu indah bagi aku..syukur biarpun sekejap masih diberikan kesempatan untuk menyayangi mereka..

Mood kehilangan masih terasa..salam ramadan yang kedua diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat..
omey dalam kenangan
missing 14 mei 201
lang-lang dalam kenangan
missing april 2016
Anak OJ Menumpang kasih dengan si tam
tam-tam dalam kenangan
missing mei 2016
k-k dalam kenangan
missing mei 2016
OJ dalam kenangan
missing 24 mei 2016