kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Tuesday, April 15, 2014

Air Sirap Rambutan

Assalamualaikum..bersua kembali..entah kenapa laa.dok rajin sgt nak update blog nieh..mungkin sbb wifi terpasang 24jam,mungkin juga sebab da lama xmenulis..mungkin juga disebabkan beberapa kemungkinan yang lain..

Tak nak cita panjang cuma nak kongsi menu yang ringkas ini sahaja.Bahan-bahan yang diperlukan ialah rambutan,pewarna merah(sirap),gula dan sedikit air.Cara mudah sahaja..mula-mula potong isi rambutan secara memanjang..jika besar belah dua.Letakkan dlm jug@gelas.Bancuh air gula bersama pewarna merah@sirap tadi.Bancuh agak manis sahaja mengekalkan keaslian rasa rambutan tersebut.Masukkan air gula tersebut ke dalam jug@gelas yang mengandungi rambutan tersebut.Akhir sekali masukkan ketulan ais@ais kiub.Lepas dicampur..minum ler..hihihi..

Sirap rambutan 1....

Sirap rambutan siap!!!

Srupppp...sruppp..sedapnyaa..

Sejuk di tekak..

Menanam buah tembikai part 2

Assalamulaikum..bertemu kembali kita di waktu ini..dengan sambungan entri berkebun.Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu hendaknya..Amin..

Sejak lama menyepikan diri dari dunia blogging nieh..terasa macam sunyi pulak.Eleehh..macam ada la sgt org nk baca blog ku yg xseberapa ni..hehehe.

Berbalik kepada topik asal..mengenai tembikai.Ku mula menanam tembikai pada hujung bln 11 dan awal bln 12 tahun lepas.Sekarang sudah 14 april..apakah yang berlaku kepada pokok tembikai yang pernah ku ceritakan sebelum ini.

Alhamdulillah..setelah mengharungi musim panas dan kemarau yang panjang akhirnya pokok tembikai itu membuahkan hasil.Walaupun tidak begitu besar tetap menjadi rezeki kami.Okey..tak nak bebel panjang..jom layan gambar nie..

Tembikai di luar pagar..

Menjadi tatatpan orang di taman ini

Rezeki hanya sebesar  tapak tangan

Ini lah hasilnyaa..taraaa..

Agak manis walaupun kecil sahaja..






Setelah menanti sekian lamanyaa..akhirnya dapat juga ku merasa buah tembikai ini.Walaupun berebut dengan serangga lain,pokok diserang kekabuh timun..namun jika tertulis rezeki kita di situ..insyaAllah..pasti kita akan mendaptnya jua..^_^.

Penat lelah berkebun pun terasa sangat berbaloi..Episod seterusnya akan ku ceeritakan tentang jagung pula yang ditanam di halaman rumah yang luasnya cuma sekangkang kera..hehehe..Semoga kita berjumpa lagi di hari yang lain..



Monday, April 14, 2014

Menanam buah tembikai part 1

Assalamualaikum..^__^.Rindu rasa hati ni nak menulis sepatah kata..sejak mendirikan rumah tangga..sibuk memanjang dgn pelbagai aktiviti..Muncul pula hobi baru iaitu berkebun.Pada asalnya tidak terfikir pon utk berkebun sbb tinggal pon kt rmh sewa ja.Biasa laa..klau da nama rmh sewa lalang pon tinggi.Risau kalau ada ular,binatang berbisa dan sebagainya.

Maka..langkah drastik diambil dgn menyuruh MR.Hubby meracun segala rumput dan lalang tersebut.
Lepas diracun..rumput dibakar..Lepas bakar tanam ler lagi..hihihi..

Benih tembikai merah ni dibeli kt Pendang,Kedah Darul Aman.Beli pek kecil ja..dlm tu kalau xsilap ada dlm 15 biji ank benih.Harga sepeket RM2.50,ambil 2 paket sebagai pek percubaan.Ini merupakan percubaan kali pertama utk menanam tembikai.Adakah percubaan ini berjaya??Jeng Jeng Jeng...

Alhamdulillah..menjadi..^_^.


Di tanam rapat untuk jimatkan ruang
Pokok tembikai mula merayap di atas tanah
Daun set tembikai membesar
Ruangan yang terhad

Manfaatkan ruang yg ada ya tembikai..

Macam nk keluarkan bunga jer..


Alhamdulillah..cantik sungguh bunga tembikai jantan ni..eh..yg betina mana??

Semua sama jer..tak namapak putik buah lagi..

Bunga yg terlindung disebalik daun..


Tetap cantik walaupun bunga tembikai jantan..