kehidupan aku

My photo
*Menulis apa yang berlaku dlm kehidupan, dan persekitaran* *Menjadikan apa yg berlaku itu sebagai pengajaran serta pengalaman* *Menghargai semuanya kerana ia pemberian drpd Allah SWT*

Thursday, September 4, 2014

Berkongsi ilmu itu biarlah ikhlas



Berkongsi ilmu itu biarlah ikhlas.

Assalamualaikum.bertemu lagi kita di alam maya.Semoga pembaca semua sihat selalu..Ini hanya pandangan peribadi semata-mata berdasarkan pengalaman diri sendiri.

Ingin sy nyatakn di sini,sebelum sy mempunyai blog..sy hanyalah pembaca kpd blog2 yg lain.Dulu-dulu 'silent reader'..skrg pon masih silent reader juga cuma kdg3 ada juga tertinggal tapak kaki kt blog yg ditemui.Agak malu nk meninggalkan jejak kerana blog sy tiada apa yg menarik utk dikunjungi.Niat utk berkomen3 itu timbul tetapi dipendamkan sahaja.

Walaupun hanya menjadi pemerhati sahaja..byk yg boleh dipelajari.Berbalik kepada tajuk asal,'berkongsi ilmu itu biarlah ikhlas'.
Sy ni..Sebagai seorang blogger yg masih baru,masih byk perkara yg sy tidak tahu dan ilmu juga kurang dalam sesuatu perkara.Contoh yg plg mudah,mencari resepi-resepi baru dan sedap.

Kalau kita nk sesuatu resepi,taip ja kt google..bersepah2 resepi itu dan ini.Namun,timbul beberapa persoalan di sini:

1.Adakah resepi itu btl3 sedap?
2.Apakah itu resepi yg lengkap?
3.Adakah org yg tempek resepi tu da cuba buat baru di tempek@tempek resepi org lain sahaja?
4.Persoalan terakhir,ikhlas kah seseorang itu dlm berkongsi ilmu?
Contohnya:Tulis 'Resepi Bla Bla Bla' tapi habok pon tarak..cuma imej ja yg terpapar.Mention kt situ bole 'search' kt bahagian atas klau nk ambil resepi.

Bukan niat ku utk mempersoalkan keikhlasan seseorang itu..dalam berkongsi ilmu.Kalau nk berkongsi,buat cara nk berkongsi..klau xnk lbh baik jgn tulis kt situ (blog).Bukan apa,tanpa kita sedar,kita da buat org sakit hati.scroll up,scroll down,search atas bwh,kiri kanan apa pon xdak.Buang masa org ja.Serius..mmg sy mrh klau org wt cmni.Bayangkan,org tu teringin nk mkn bla tgk gambar yg terpampang tetiba resepi tidak disertakan..tak ke org tu kecewa maka punah lah harapannya.Lain la klau org tu hanya tulis 'gambar sahaja bkn resepi'

Sy sebagai seorang blogger baru,'silent reader',pencari resepi dgn bantuan pakcik Google,org awam,pembaca setia bg blog2 yg lain..terpanggil untuk menulis entri ini. Mungkin ada diantara kita yg pernah mengalaminya.
Bila wujudnya blog ini,secara tidak langsung ku mengingatkn diri ku sendiri juga.Jika nak berkongsi ilmu terutamanya resepi biarlah ikhlas.Bukan niatku utk menyinggung mana3 pihak.Cuma ini perkongsian terbuka..serta pengalaman sendiri. 

P/s: Kdg2 kritikan juga diperlukan untuk memperbaiki kelemahan diri.









Resepi Ayam Goreng Tepung (Adabi)

Assalamualaikum..bersua kembali setelah lama bercuti. Tujuan asal nk clearkan draf yg xsempat dipublishkn..hehehee..Resepi ni pon da lma wt masa bln ramadhan ritu.Dek kerana kesuntukan masa dan macam-macam komitmen yg lain..maka hanya di taip dan disimpan sahaja..Kalau da mai time rajin mmg smpt la update blog yg sepi ni..Apa2 pon semoga pembaca semuanya sihat dan sentiasa dlm rahmat Allah S.W.T Hari ni nak kongsi resepi yg mudah dan cepat..

Resepi Ayam Goreng Tepung(Adabi)

Bahan-Bahan:

  • Beberapa ketul paha ayam / dada ayam
  • 1 kotak tepung goreng adabi(kecil)
  • 1@2 biji telur (ikut saiz)
  • Sedikit tepung gandum
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Cuci ayam dengan bersih dan toskan airnya
  2. Gaulkn tepung adabi dan tepung gandum.
  3. 1 cwn tepung gandum,1/2 cwn tepung Adabi Nisbah 1:1/2
  4. Masukkan lada sulah & lada hitam
  5. Dalam bekas lain,masukkan telur dan kacau2.
  6. Panaskan minyak dlm kuali.
  7. Celupkan ayam satu persatu kedalam telur dan golekkan ke atas adunan tepung.Ulang lagi sekali proses ini.
  8. Masukkan ayam tadi ke dalam minyak yg panas.
  9. Masukkan maximum 3 ketul sahaja dlm 1 masa kerana tepung yg jatuh akn mendap di kuali.
  10. Masak menggunakan api yg sederhana utk memastikan ayam masak secara keseluruhan.
  11. Ulang proses sehingga selesai dan toskan minyak ayam terlebih dahulu utk memastikan ayam tidak terlalu berminyak.
Ayam goreng da siap!!!
1 2 3..ayam goreng tepung possing..peace..:-)
Selamat mencuba..resepi yg mudah serta murah..hihihi..lupa nak mention garam xletak sbb tepung tu da masin..Step bergambar cara nk wt xsnap sbb ni resepi berkurun..da lma xwt..

















Wednesday, September 3, 2014

Resepi puding karamel tanpa telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita setelah lama tidak bersiaran..Al-Maklom lahh..bz la katakan..Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yg sihat. Sebenarnya,ada beberapa resepi juga yg telah dicuba sepanjang 'ku bercuti / silent ' dari dunia blogging. Resepi ini baru dicuba 2 hari lepas (sewaktu entri ini di taip masuk dlm draft) semasa menggoogle segala macam resepi yg terlintas di fikiran.Hasilnya,setelah digoogle dapat laa resepi ini dan diolah sedikit sahaja mengikut bahan yang ada di dapur.Resepi ini diperolehi dari Teratak Mutiara Kasih.Terima kasih ya akak kerana kongsi resepi yg mudah dan sedap.Semoga Allah murahkan lagi rezeki akak..Amin..

Resepi puding karamel tanpa telur

Bahan-bahan A:(Gula hangus)
  • 5 sudu besar gula pasir


Bahan-Bahan B: ( Puding )
  • 1 paket agar-agar bertali 40gram (saya guna 1/2 sahaja anggaran dlm 20gram)
  • 3 mangkuk air berdasarkan jumlah agar-agar yg dimasukkan ke dlm mangkuk selepas aar-agar dibasuh.Jika 20gram agar-agr td penuh untuk 1 mangkuk,maka 3 mangkuk penuh juga air yg digunakan.
  • 1 1/2-2 senduk gula pasir.(klau xnk manis,kurangkan gula)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
  1. Mula-mula masukkan gula ke dalam loyang.Panaskan gula menggunakan api yang perlahan /kecil.Kacau sehingga rata keseluruhan permukaan loyang. Biarkan gula perang / hangus itu sejuk
  2. Basuh agar-agar bertali tadi dan toskan airnya.Letak dalam mangkuk untuk memudahkan kita menentukan kuantiti air yg hendak digunakan.Ini cara yg my mom ajar..hehehe..:-).
  3. Masukkan agar-agar bersama 3 mangkuk air dan masak agar-agar sehingga hancur.
  4. Masukkan gula dan kacau sehinga larut.
  5. Setelah itu,masukkan susu pekat manis dan susu cair.Kacau-kacau sebati dan masukkan sedikit esen vanilla.
  6. Akhir sekali,masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit agar tidak ketul-ketul.Masak sehingga agak pekat puding itu dan boleh tutup api.
  7. Tapis terlebih dahulu yaa sebelum di tuang puding ke dalam loyang / bekas yang mengandungi karamel.
  8. Sejukkan puding terlebih dahulu baru masukkan ke dalam peti sejuk.Selepas itu,baru terbalikkan puding.
  9. Selamat mencuba..


Puding Karamel
Mudah jerr..nyum3..
Cara buat karamel @gula hangus
1:3 (1 mangkuk agar-agar : 3mangkuk air)
1 loyang ni 1 ari jaa habis ngap!!!
1 slice for u..
Sebelum diterbalikkan..
Sangat mudah untuk membuatnya jika kita tidak takut untuk mencuba sesuatu dan berusaha untuk melakukannya. Ini kata-kata motivasi utk ku sendiri.Pada mulanya tidak pula ku sangka puding ini menjadi kerana ini percubaan pertamaku membuat puding. Minggu ni jaa da 6 puding ku buat utk kwn my mom,kwn my sis and my family.Ada yg request nk lg..Oppss..Maaf la naa..kekangan MASA.hihihi..Ada rezeki nnt bole wt lg..Bkn apa..nk share kt blog pon amik masa..dok peram dlm draf.Ada rezeki kaa..umor yg panjang,jumpa lagi..Asssalamualaikum..

Tuesday, April 15, 2014

Air Sirap Rambutan

Assalamualaikum..bersua kembali..entah kenapa laa.dok rajin sgt nak update blog nieh..mungkin sbb wifi terpasang 24jam,mungkin juga sebab da lama xmenulis..mungkin juga disebabkan beberapa kemungkinan yang lain..

Tak nak cita panjang cuma nak kongsi menu yang ringkas ini sahaja.Bahan-bahan yang diperlukan ialah rambutan,pewarna merah(sirap),gula dan sedikit air.Cara mudah sahaja..mula-mula potong isi rambutan secara memanjang..jika besar belah dua.Letakkan dlm jug@gelas.Bancuh air gula bersama pewarna merah@sirap tadi.Bancuh agak manis sahaja mengekalkan keaslian rasa rambutan tersebut.Masukkan air gula tersebut ke dalam jug@gelas yang mengandungi rambutan tersebut.Akhir sekali masukkan ketulan ais@ais kiub.Lepas dicampur..minum ler..hihihi..

Sirap rambutan 1....

Sirap rambutan siap!!!

Srupppp...sruppp..sedapnyaa..

Sejuk di tekak..

Menanam buah tembikai part 2

Assalamulaikum..bertemu kembali kita di waktu ini..dengan sambungan entri berkebun.Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu hendaknya..Amin..

Sejak lama menyepikan diri dari dunia blogging nieh..terasa macam sunyi pulak.Eleehh..macam ada la sgt org nk baca blog ku yg xseberapa ni..hehehe.

Berbalik kepada topik asal..mengenai tembikai.Ku mula menanam tembikai pada hujung bln 11 dan awal bln 12 tahun lepas.Sekarang sudah 14 april..apakah yang berlaku kepada pokok tembikai yang pernah ku ceritakan sebelum ini.

Alhamdulillah..setelah mengharungi musim panas dan kemarau yang panjang akhirnya pokok tembikai itu membuahkan hasil.Walaupun tidak begitu besar tetap menjadi rezeki kami.Okey..tak nak bebel panjang..jom layan gambar nie..

Tembikai di luar pagar..

Menjadi tatatpan orang di taman ini

Rezeki hanya sebesar  tapak tangan

Ini lah hasilnyaa..taraaa..

Agak manis walaupun kecil sahaja..






Setelah menanti sekian lamanyaa..akhirnya dapat juga ku merasa buah tembikai ini.Walaupun berebut dengan serangga lain,pokok diserang kekabuh timun..namun jika tertulis rezeki kita di situ..insyaAllah..pasti kita akan mendaptnya jua..^_^.

Penat lelah berkebun pun terasa sangat berbaloi..Episod seterusnya akan ku ceeritakan tentang jagung pula yang ditanam di halaman rumah yang luasnya cuma sekangkang kera..hehehe..Semoga kita berjumpa lagi di hari yang lain..



Monday, April 14, 2014

Menanam buah tembikai part 1

Assalamualaikum..^__^.Rindu rasa hati ni nak menulis sepatah kata..sejak mendirikan rumah tangga..sibuk memanjang dgn pelbagai aktiviti..Muncul pula hobi baru iaitu berkebun.Pada asalnya tidak terfikir pon utk berkebun sbb tinggal pon kt rmh sewa ja.Biasa laa..klau da nama rmh sewa lalang pon tinggi.Risau kalau ada ular,binatang berbisa dan sebagainya.

Maka..langkah drastik diambil dgn menyuruh MR.Hubby meracun segala rumput dan lalang tersebut.
Lepas diracun..rumput dibakar..Lepas bakar tanam ler lagi..hihihi..

Benih tembikai merah ni dibeli kt Pendang,Kedah Darul Aman.Beli pek kecil ja..dlm tu kalau xsilap ada dlm 15 biji ank benih.Harga sepeket RM2.50,ambil 2 paket sebagai pek percubaan.Ini merupakan percubaan kali pertama utk menanam tembikai.Adakah percubaan ini berjaya??Jeng Jeng Jeng...

Alhamdulillah..menjadi..^_^.


Di tanam rapat untuk jimatkan ruang
Pokok tembikai mula merayap di atas tanah
Daun set tembikai membesar
Ruangan yang terhad

Manfaatkan ruang yg ada ya tembikai..

Macam nk keluarkan bunga jer..


Alhamdulillah..cantik sungguh bunga tembikai jantan ni..eh..yg betina mana??

Semua sama jer..tak namapak putik buah lagi..

Bunga yg terlindung disebalik daun..


Tetap cantik walaupun bunga tembikai jantan..